Ahad, 3 Jun 2012

TANAH GAHARU GUNUNG STONG UNTUK DI JUAL

PROJEK POKOK GAHARU GUNUNG STONG

Assalamualaikum wbt...

Kepada sesiapa yang berminat dengan pokok gaharu dan tanah ini boleh lah teruskan membaca.

Tanah ini terletak di kampung Jelawang, Kelantan. Jaraknya lebih kurang 45 minit dari pekan Jeli. Mudah ke sana jalan ber-tar dan laluan altenatif ke Gua Musang/Kuala Lumpur.Lokasi yang terkenal dengan air terjunnya yang cantik dan salah satu air terjun tertinggi di Malaysia. Ia adalah Air Terjun
"Gunung Stong". Kelihatan air terjun ini yang cantik di hiasi dengan alam flora dan fauna yang sungguh memukau mata memandang. Gunung Stong State Park (GSSP) adalah kawasan hutan berjumlah 21,950 ha. dengan beberapa puncak gunung terkemuka di sekitarnya. Kawasan yang mempunyai lanskap berceranggah dan sesuai untuk pengembaraan yang menarik untuk sesiapa sahaja yang sukakan alam dan persekitaran luar yang indah. GSSP bukan sahaja mempunyai nilai eko-pelancongan yang penting tetapi berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan yang signifikan dengan kekayaan flora dan kepelbagaian fauna.

Baiklah kita sudah tahu lokasinya. Jom kita lihat apa yang ada di tanah ini.

Tanah ini sesuai di tanam pokok getah dan kelapa sawit ataupun tanaman komersial lain iaitu pokok gaharu.
Tanah ini telah di tanam pokok Gaharu yang mana terkenal dengan terasnya yang wangi, bermutu tinggi  serta bernilai tinggi di pasaran antarabangsa pada waktu ini.Tanaman pokok Gaharu ini adalah satu projek baru yang kian meningkat naik namanya. Pokok-pokok Gaharu ini sudah berumur 2 tahun lebih. Hanya menunggu 3 tahun lagi,untuk memperolehi hasilnya. Setelah berumur 5 tahun pokok-pokok ini akan disuntik (suntikan anikulur) untuk mengambil terasnya bagi proses seterusnya. Selepas itu, kita harus menunggu kir-kira 2 tahun lagi untuk mendapatkan teras tersebut.


GAHARU GUNUNG STONG
 GAMBAR-GAMBAR POKOK GAHARU GUNUNG STONG



Jalan Masuk Ke Lokasi Tanah Tanaman Pokok Gaharu
 Di belakang adalah tanah untuk di jual.

 Ketinggian anak pokok yang mencecah lebih 200cm dari aras tanah.




Pokok yang sudah berumur 2 tahun setengah


GAMBAR ANAK POKOK GAHARU YANG BELUM DI TANAM UNTUK DI JUAL
Apa itu Gaharu?
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera (sama ada akar,batang,dahan dan sebagainya) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras (damar).
Bahan damar yang dihasilkan ini pula akan mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.


TANAH UNTUK DI JUAL

LOKASI : JELAWANG
DAERAH : DABONG
BERHADAPAN GUNUNG STONG

HARGA BOLEH RUNDING!!!!

KELUASAN TANAH SEBENAR 100 EKAR.
HANYA 12 EKAR UNTUK DI JUAL.
TANAH BERSAMA POKOK GAHARU


BERMINAT HUBUNGI : 

014-5487916
MIEZA ALI 


BERUNDING SAMPAI JADI BELI.


GAMBAR ATAS : TANAH UNTUK DI JUAL







*Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke 'pages' Pokok Gaharu'. Di sana terdapat informasi dari awal penanaman pokok sehingga ke akhir proses tentang gaharu.


PENGUMUMAN PENTING :

 ANDA BERMINAT UNTUK 'JOIN VENTURE' DENGAN KAMI????

ANDA BERMINAT???


HUBUNGI~

CIK MIEZA ALI 

H/P NO:0145477916